KUALA LUMPUR, 31 Mei 2026 โ€“ Penerbit UniMAP telah menyertai program Asian Rights Fair 2026 (ARF) yang berlangsung di Bilik Redang, Tingkat 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 29 hingga 31 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2026 - Majlis Pelancaran dan Resensi Buku Awang Batil: Tradisi Lisan Perlis sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pavilion MAPIM, WTCKL.
Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail TNCPI UniMAP bersama Pengarah Penerbit UniMAP En. Zulhillizan Othman. Turut hadir dan bersama-sama menyempurnakan majlis ialah Encik Lokman Hakiem Abdul Samad, Penolong Pengarah Cawangan Dokumentasi & Penerbitan, JKKN.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan pelancaran buku Perlis: Pantun dan Panorama di Dewan Bankuet Aras 4, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini. Turut berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda puteri baginda, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Majlis ini juga dihadiri Naib Canselor UniMAP, Datoโ€™ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2026 โ€“ Sesi Pelancaran dan Resensi Buku ๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ด: ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ด ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜‹๐˜ช๐˜จ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ karya Hanum Hassan telah berlangsung dengan jayanya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), bersama Encik Zulhillizan Othman, Pengarah Penerbit UniMAP.
Buku ini mengetengahkan panduan serta amalan terbaik dalam perucapan awam yang relevan dengan keperluan generasi digital masa kini.

Pauh Putra, 17 Oktober 2025 โ€“ Program Telaah Buku sempena Festival of Ideas (FOI) peringkat Negeri Perlis telah berlangsung dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), serta Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.