Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 - Penerbit UniMAP lancar karya terbaharu Prof. Madya Ts. Dr. Syed Zulkainain yang berjudul Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak Klik Padah Digempur.

Majlis Pelancaran dan Resensi buku ini telah diadakan pada Ahad, 25 Mei 2025 bertempat di Pentas Republika Merah MAPIM, Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan  dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail. Buku Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak Klik Pada Digempur menjadi panduan penting untuk kekal selamat dalam dunia siber dengan membongkar pelbagai taktik penipuan. Berdasarkan rujukan kes sebenar, buku ini turut menawarkan langkah berjaga-jaga agar pengguna tidak mudah terpedaya semasa menggunakan platform digital.