KUALA LUMPUR, 31 Mei 2026 – Sesi Pelancaran dan Resensi Buku 𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘯𝘵𝘢𝘴: 𝘛𝘦𝘰𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘢𝘬𝘵𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘳𝘶𝘤𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘋𝘪𝘨𝘪𝘵𝘢𝘭 karya Hanum Hassan telah berlangsung dengan jayanya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), bersama Encik Zulhillizan Othman, Pengarah Penerbit UniMAP.
Buku ini mengetengahkan panduan serta amalan terbaik dalam perucapan awam yang relevan dengan keperluan generasi digital masa kini. Sesi resensi turut memberikan peluang kepada para pengunjung untuk mengenali kandungan buku dengan lebih dekat melalui perkongsian yang disampaikan oleh penulis.
Penerbit UniMAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang hadir serta memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha memperkasa budaya ilmu, penulisan dan penerbitan ilmiah terus berkembang demi manfaat masyarakat dan negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penulis serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.