Terbitan Terbaharu

Akan Terbit

Gelagat Organisasi

Buku Gelagat Organisasi merupakan kajian tentang tingkah laku manusia di tempat kerja, khususnya berkaitan interaksi antara pekerja dan organisasi, dengan matlamat untuk lebih memahami dan meramal tingkah laku manusia di tempat kerja. Pengurusan adalah sesuatu konsep yang begitu luas, maka pengetahuan tentang gelagat organisasi yang merangkumi pelbagai topik, termasuklah gelagat individu dan juga gelagat berkumpulan di tempat kerja perlulah didalami. Oleh itu, diharapkan agar pelbagai proses organisasi meliputi kaedah komunikasi, pengurusan konflik, strategi rundingan di tempat kerja adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan di samping proses-proses penting lain yang wujud dalam sesebuah organisasi. Pemahaman tentang gelagat manusia yang wujud dalam organisasi begitu penting bagi tujuan untuk mengekalkan hubungan baik antara pekerja dalam sesebuah organisasi. Buku ini sesuai dijadikan rujukan asas untuk para pembaca mahupun pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi, ahli akademik serta para pengamal industri.


Energy Economics

The book Energy Economics seeks to provide a thorough review of the fundamental concepts, theories and techniques in energy economics. The book is written in an easily accessible language for readers such as policymakers, researchers, practitioners and students. It covers various topics, including energy demand and supply, energy markets and pricing, energy policy and regulation, energy and the environment, and energy and economic development. The book is organized into six parts, each addressing a distinct aspect of energy economics. The initial part explains the essential concepts and principles of energy economics. Part Two focuses on energy demand, including energy efficiency, drivers of energy demand and energy modeling. Part Three covers energy supply, including the economics of fossil fuels, nuclear energy, and renewable energy. Part Four discusses energy markets and pricing, including energy market structure, energy price formation and energy trading. Part Five covers energy policy and regulation, including energy policy objectives, instruments and regulation. Finally, Part Six examines the links between energy and the environment, including climate change, air pollution and land use. This book aspires to be a useful resource for anyone interested in comprehending the dynamic and intricate energy landscape and the implications of energy production and consumption on the economy and society.

Berita

KANGAR, 1 Februari 2024 – Penerbit UniMAP rangka strategik dan penetapan KPI  serta  hala tuju bagi tahun 2024 dalam Bengkel Perancangan Strategik dan KPI 2024 yang telah diadakan pada 29-31 Januari 2024. Bengkel yang diadakan di Penerbit UniMAP dan Hotel Putra Regency, Kangar ini disertai 11 orang Staf Penerbit UniMAP. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas tentang hala tuju jabatan, merangka strategik berkesan serta mengkaji semula pelan strategik dan penetapan KPI tahun 2024.

Buku terbitan Penerbit UniMAP telah dinobat penerima  Anugerah Buku Negara 2023 bagi Anugerah Kategori Pengajian Tinggi (Penyunting Terbaik). Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr.Md Amin Md Taff, Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, di Majlis Anugerah Buku Negara 2023 yang berlangsung pada 22 Disember  2023 bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Shah Alam, 10 Disember 2023 - Penerbit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 untuk kali ke-3, yang berlangsung dari 1 hingga 10 Disember 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Pesta Buku ini merupakan satu acara unggul yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) susulan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak tahun 2006.

Penyertaan kali ke-15 Penerbit UniMAP pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 buka peluang Penerbit UniMAP dalam mempertingkatkan jaringan kerjasama dengan penerbit dan pemain industri buku diperingkat antarabangsa melalui program China-Malaysia-Academic Publishing Exchance Seminar dan Asean Right Fair (ARF) 2023 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Perbadanan Kota Buku.

Aktiviti

SHAH ALAM, 12 Disember 2022 - Pesta Buku Antarabangsa Selangor (PBAS) atau lebih dikenali dengan Selangor International Book Fair 2022 (SIBF 2022) bermula 1 hingga 11 Disember dianjurkan Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sebagai urusetia. Pesta buku ini diadakan hasil kesinambungan dari Pesta Buku Selangor yang diadakan sejak tahun 2006.  Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, pada jam 8:00 malam di pentas utama. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah turut datang memeriahkan pesta buku pada hari ketiga berlangsungnya pesta buku.  Penyertaan pada tahun ini merupakan tahun ke-2 Penerbit UniMAP menyertainya dan ini adalah satu platform yang memberi ruang kepada semua penerbit buku ilmiah dan akademik di Malaysia untuk mempromosi, meningkatkan hasil jualan, dan menyebarluaskan ilmu pengajian tinggi melalui penerbitan bahan ilmiah terbitan masing-masing.

Media

Loading...
Loading...
Loading...
Loading...