Objektif Penerbit & Fungsi Bahagian
Objektif Penerbit
- Menyediakan UniMAP sebagai sebuah pusat pengajian tinggi awam teknikal yang berdaya saing dalam menyumbangkan penerbitan ilmiah dan separa ilmiah yang berasaskan ilmu kejuruteraan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan.
- Sebagai pusat pembudayaan
penulisan bahan-bahan ilmiah termasuk hasil penyelidikan dan memperkasakan
keilmiahan para ilmuan UniMAP melalui penerbitan yang mencapai penarafan
tertinggi nasional dan antarabangsa.
- Mengukuh dan meluaskan
sistem pemasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa sekaligus membentuk
budaya profesionalisme dalam pemasaran dan pengedaran bahan terbitan ilmiah.
- Menjana kewangan, citra
universiti dan ilmu.
- Meluas, meningkatkan impak
dan mengembangkan ilmu kejuruteraan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dalam
kalangan masyarakat umum.
Fungsi Bahagian Editorial
- Bertanggungjawab mendapatkan manuskrip atau hasil penulisan daripada Staf Akademik dan mana-mana Staf lain di UniMAP atau mana-mana individu atau kumpulan yang dibenarkan oleh Dasar dan Garis Panduan Penerbitan UniMAP.
- Bertanggungjawab mengesan dan menilai kualiti manuskrip serta memberi justifikasi kelemahan dan kekuatan sesebuah manuskrip dengan mengambil kira kepentingan pasaran dan keperluan UniMAP untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penerbitan.
- Merangka dan merancang penggubalan dasar dan kualiti penerbitan.
- Membangun dan membuat perancangan judul baharu yang mempunyai potensi pasaran di dalam dan di luar negara bagi memenuhi keperluan perancangan dan pengembangan penerbitan masa hadapan secara berterusan.
- Melakukan kerja penyuntingan substantif dan penyuntingan naskhah terhadap manuskrip yang diterbitkan.
- Merancang, menyelaras dan menguruskan kerja-kerja penerbitan jurnal-jurnal UniMAP.
- Mengurus dan menyelaraskan pengindeksan jurnal UniMAP dalam indeks Kebangsaan dan Antarabangsa.
- Merancang dan menguruskan penganjuran bengkel/seminar penulisan jurnal kepada staf akademik.
- Merancang dan mendapatkan Penilai Luar atau Pakar Bidang serta Penyunting Luar untuk menilai manuskrip buku.
- Menyelaras dan menjadualkan proses editorial dan pengeluaran serta mengemas perjalanan projek penerbitan supaya sentiasa mematuhi piawaian dan panduan kerja yang ditetapkan.
- Merancang dan menguruskan aktiviti latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran penulisan, kepengarangan dan penyuntingan untuk bakal penulis dan penulis sedia ada.
- Membuat permohonan International Serial Book Number (ISBN) dan International Standard Serial Number (ISSN) serta Cataloguing in Publication (CIP) kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebelum bahan terbitan diterbitkan.
- Mengurus dan menyelaraskan projek kerjasama penerbitan buku berimpak tinggi, terbitan khas dan terjemahan.
Fungsi Bahagian Pentadbiran dan Pemasaran
Unit Pentadbiran
- Menjalankan tadbir urus kewangan dan pengurusan pejabat.
- Mengurus dan menyelaras kerja-kerja pentadbiran di bawah kuasa Pengarah terutama dalam aspek yang berkaitan dasar dan sumber manusia.
- Mengurus dan menyelaras urusan pembangunan fizikal, keselamatan, mewujudkan tempat kerja yang kondusif dan membantu Pengarah dalam kerja-kerja pemantau kualiti.
- Membantu dan menyelaraskan urusan pihak-pihak berkepentingan sama ada dalam dan luar negara kepada Penerbit UniMAP.
- Merancang dan menguruskan aktiviti latihan dan kompetensi staf.
- Menyediakan ruang dan peluang rundingan dengan pelanggan bagi membantu khidmat sokongan secara berterusan di semua peringkat penghasilan penerbitan sama ada di peringkat pra atau sewaktu atau pasca penerbitan.
- Menguruskan perjanjian penerbitan dengan penulis.
- Menguruskan pembayaran honorarium, upah bagi kerja-kerja terjemahan, penyuntingan,penilaian dan yang berkaitan.
Unit Pemasaran
- Merancang, mengurus dan melaksanakan kerja-kerja pemasaran terutamanya dalam aspek promosi, publisiti, jualan dan pengedaran bahan terbitan.
- Bertanggungjawab membuat perancangan pemasaran untuk setiap buku-buku yang diterbitkan melalui semua medium jualan sedia ada.
- Bertanggungjawab merancang kerja-kerja promosi dan jualan bahan terbitan melalui penyertaaan dalam pameran dan pesta buku dalam dan luar negara.
- Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan kawalan stok buku atau bahan terbitan.
- Menguruskan tempahan pembelian bahan terbitan melalui semua medium jualan.
- Mengurus dan mengumpul data dan statistik penerbitan dari Bahagian Editorial.
- Melakukan penyelidikan berterusan bagi mengenal pasti kedudukan pasaran bahan penerbitan.
Fungsi Bahagian Pengeluaran dan Penerbitan Digital
- Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk buku, atur letak dan penghasilan grafik untuk bahan terbitan.
- Menjalankan kerja-kerja pra cetak dan juga percetakan bahan terbitan.
- Melakukan anggaran dan kawalan kos pengeluaran penerbitan.
- Bertanggungjawab mengurus dan menyelaraskan jadual kerja pengeluaran penerbitan.
- Bertanggungjawab mengurus, menyelenggara dan mengemaskini kandungan laman web rasmi jabatan dan Universiti.
- Bertanggungjawab mengurus dan menyelaraskan kerja-kerja teknikal penerbitan elektronik.
- Mengurus, membangun, menyedia dan mereka bentuk produk multimedia, montaj teaser dan video.
- Bertanggungjawab menguruskan, menyelenggara dan mengumpul bahan visual untuk tujuan penerbitan (gambar, grafik, lukisan, jadual, rajah, peta).