Penerbit UniMAP, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) catat kejayaan gemilang apabila berjaya merangkul lima kategori anugerah dalam Anugerah Buku Negara bagi tahun 2024–2025 yang diadakan di Setia City Convention Center 2, Shah Alam, Selangor bersempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025.
Anugerah Buku Negara ini diadakan sebagai pengiktirafan terhadap karya terbitan yang berkualiti dalam pelbagai kategori bagi menyemarakkan industri buku tanah air. Dengan pencapaian UniMAP pada tahun ini diharapkan menjadi dorongan kepada penerbit dan penulis khususnya para pensyarah untuk terus menghasilkan buku bermutu tinggi.
Lima buku yang menerima anugerah antaranya ialah Engineering Materials for Technologists bagi Kategori Pendidikan dan Akademik: Buku Sains dan Teknologi Terbaik. Manakala buku bertajuk Kesejahteraan Holistik: Bersama Melangkah ke Arah Keseimbangan Kehidupan diiktiraf sebagai pemenang bagi Kategori Pendidikan & Akademik: Buku Sains Sosial Terbaik. Selain itu bukuLeadership Through the Ages: Navigating the Theory Spectrum, Exploring Development and Strategies menerima anugerah bagi Kategori Bahasa dan Penterjemahan: Buku Bahasa Inggeris/Asing. Buku Siri Diges Kemanusiaan: Wacana Tanwir Kemanusiaan menerima anugerahmenerusi Kategori Umum & Khas: Buku Agama & Kerohanian serta Ace Your Final Year Projects: A Comprehensive Guide for Engineering Students memenangi anugerah menerusi Kategori Umum & Khas: Buku Motivasi/Pembangunan Diri.
Kejayaan ini sekali lagi memberi semangat kepada Penerbit UniMAP untuk terus menerbitkan karya ilmiah para pensyarah di UniMAP sekaligus mengukuhkan dan martabat penerbitan ilmiah di universiti. Tahniah diucapkan kepada semua penerima atas kejayaan ini.