KUALA LUMPUR, 30 Mei 2026 - Majlis Pelancaran dan Resensi Buku Awang Batil: Tradisi Lisan Perlis sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pavilion MAPIM, WTCKL.
Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail TNCPI UniMAP bersama Pengarah Penerbit UniMAP En. Zulhillizan Othman. Turut hadir dan bersama-sama menyempurnakan majlis ialah Encik Lokman Hakiem Abdul Samad, Penolong Pengarah Cawangan Dokumentasi & Penerbitan, JKKN.
Buku Awang Batil: Tradisi Lisan Perlis merupakan sebuah karya yang mendokumentasikan khazanah warisan lisan negeri Perlis, sekali gus menjadi medium penting dalam usaha memelihara dan memperkenalkan seni tradisi kepada generasi masa kini dan akan datang.
 
Program ini menjadi platform bagi memperkenalkan karya-karya terbitan terkini serta berkongsi ilmu dan pandangan melalui sesi resensi buku yang menghimpunkan para penulis, akademia dan pengunjung PBAKL 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada panel resensi Dr. Madiawati Mamat@Mustaffa dan En. Mohamad Zaki Abdul Halim serta para pengunjung yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga usaha memperkasa budaya ilmu, pembacaan dan penerbitan ilmiah terus berkembang demi manfaat masyarakat.