POLISI EDITORIAL PENERBITAN BUKU PENERBIT UniMAP
Penerbit UniMAP berhasrat untuk menjadi pusat penerbitan
ilmiah untuk Pusat Pengajian Tinggi yang terkemuka dan disegani di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Penerbit UniMAP juga berhasrat untuk menghasilkan
penerbitan ilmiah dalam bidang kejuruteraan dan bidang lain yang diiktiraf dan
diterima secara meluas sebagai penerbitan berkualiti di dalam dan di luar
negara. Penerbit UniMAP
mengaplikasikan proses penilaian manuskrip yang ketat untuk memastikan kualiti
penerbitan ilmiah terjaga. Proses ini dirangka untuk mengekalkan standard
akademik yang tinggi. Manuskrip yang dihantar akan melalui proses penilaian
secara double-blind review. Ini bermakna, nama dan afiliasi penulis akan
dikeluarkan daripada manuskrip semasa penyerahan awal bagi memastikan
kerahsiaan dan adil dalam penilaian. Lazimnya, manuskrip akan disemak oleh
seorang atau dua [2] pakar luar dalam bidang yang berkaitan. Proses penilaian
ini dijangka mengambil masa antara 3 hingga 4 minggu. Setelah semakan selesai,
editor akan mengeluarkan salah satu daripada keputusan berikut: ‘Diterima untuk
diterbitkan seperti sedia ada’, ‘Diterima setelah beberapa perubahan atau
pembetulan dibuat’, ‘Dikembalikan kepada penulis untuk kerja-kerja
pembetulan/penulisan semula’, atau ‘Ditolak’. Walau bagaimanapun, perlu
diingatkan bahawa permintaan untuk semakan tidak menjamin penerimaan manuskrip
untuk diterbitkan. Keputusan akhir laporan penilaian manuskrip akan dibentangkan
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Universiti untuk kelulusan dan perakuan
terbit.
UniMAP PRESS BOOK PUBLICATION EDITORIAL POLICY
UniMAP Press aspires to produce high-quality scientific publications in the field of engineering and other disciplines, widely recognized, and accepted both nationally and internationally. It aims to become a leading and respected academic publishing center for institutions of higher learning at both the national and international levels[ZO1] . UniMAP Press utilizes a strict peer-review process for its scholarly publications, ensuring high academic standards. The submission process begins with a double-blind review for all manuscripts. This means that authors' names and affiliations are removed from the manuscript during initial submission to maintain anonymity and impartiality throughout the evaluation. Typically, each manuscript is peer-reviewed by one or two (2) external experts in the relevant field. This review phase usually takes 3 to 4 weeks. Following the expert's assessment, possible editorial decisions include ‘Accepted for publication as is,’ ‘Accepted after some changes or corrections are made,’ ‘Returned to the author for corrections/rewriting,’ or ‘Reject.’ It is important to note that requesting revisions does not guarantee ultimate acceptance for publication. The final decision of the manuscript evaluation report will be presented at the University Publication Committee Meeting for final approval and official publication endorsement.
