FAQ

PENERBITAN BUKU

Apakah Jenis bahan terbitan yang diterbitkan di Penerbit UniMAP?

Jenis bahan penerbitan yang diterbitkan oleh Penerbit UniMAP ialah Buku Karya Asli Ilmiah, Buku Umum, Jurnal, Monograf, Terbitan Khas Universiti, Buku Karya Suntingan dan Modul Pengajaran.

Bagaimanakah royalti dibayar kepada Penulis?

Royalti akan dibayar dengan kadar setara dengan amalan Penerbit lain. Penulis layak menerima royalti pada kadar 10% hingga 15% untuk setiap buku yang diterbitkan berdasarkan jumlah cetakan.

Bagaimana cara membuat permohonan untuk menerbitkan karya anda?

Anda boleh membuat permohonan melalui dua (2) kaedah iaitu:

 

i)     Menghantar manuskrip yang telah lengkap.

ii) Menghantar kertas cadangan yang mengandungi maksud dan jelas tentang penerbitan karya anda.

Siapakah yang menanggung kos penerbitan sesebuah buku?

Kos penerbitan, percetakan dan pemasaran ditanggung sepenuhnya oleh Universiti.

Adakah manuskrip saya akan dinilai sebelum diterima terbit?

Ya. Semua manuskrip yang dihantar akan dibuat penilaian pakar bidang dari luar terlebih dahulu. Hasil laporan penilaian yang dikemukakan oleh Penilai akan menjadi asas pertimbangan Penerbit UniMAP dan Jawatankuasa Penerbitan sama ada manuskrip diterima terbit atau tidak.

Berapa lama tempoh masa untuk menerbitkan Karya atau hasil penulisan?

i) Bagi menerbitkan sesebuah buku, tempoh masa yang diambil untuk menerbitkannya ialah tujuh (7) bulan.
ii) Penerbitan sesebuah jurnal baharu mengambil masa enam (6) bulan.
iii) Modul Makmal dan Pengajaran, serta Laporan Teknikal mengambil masa selama satu (1) bulan.
iv) Terbitan khas pula mengambil masa satu (1) bulan untuk diterbitkan.

FAQ

PEMASARAN

SOALAN 1

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku terbitan Penerbit
UniMAP?
How can I get the books from Penerbit UniMAP?

JAWAPAN 1

Anda boleh mengunjungi pejabat kami yang beroperasi seperti berikut:

You may visit our office location at:

Penerbit UniMAP
No. 11 & 13
Jalan Tiga, Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya,
01000 Kangar, Perlis

ATAU

Melalui pembelian secara dalam talian menerusi laman web

OR through online shopping at:

UniMAP Press Books Online - Shopee Malaysia

SOALAN 2

Bagaimana cara untuk saya melihat katalog Penerbit UniMAP?
How about the Book Catalogue?

JAWAPAN 2

Anda boleh memuat turun PDF katalog Penerbit UniMAP dari laman web
https://penerbit.unimap.edu.my/ , dan klik pada icon e-Catalogue 2023

You may downloads the PDF catalogue from our website

https://penerbit.unimap.edu.my/ and click to icon e-Catalogue 2023

SOALAN 3

Adakah buku terbitan Penerbit UniMAP menyediakan diskaun?
How can I get a discounts from Penerbit UniMAP?

JAWAPAN 3

Diskaun 20% akan diberikan kepada pembeli yang mengunjungi Penerbit
UniMAP. Penerbit juga ada membuat jualan gudang (warehouse sale)
yang biasanya memberikan diskaun sehingga 70% untuk pelbagai jenis
buku. Selain daripada itu, anda juga boleh pergi ke pesta buku yang
berlangsung di peringkat nasional dan negeri sepanjang tahun.

20% discounts will be given to those who buy books directly from our bookstore. We also do warehouse sale that give until 70% discounts on varieties of books published. Other than purchasing books at our bookstore, you can buy books published by UniMAP Publisher at any current book festival held nationally or in the state level.


SOALAN 4

Saya baru perasan buku yang dibeli pada 3 hari lepas, kulit belakangnya
rosak. Bolehkah saya mendapatkan buku ganti yang baharu?
I just noticed that the books that I bought last 3 days, not in a perfect condition. Can I get the replacement?

JAWAPAN 4

Sekiranya anda mengalami masalah demikian anda boleh datang sendiri
ke Penerbit UniMAP atau mengeposkan buku tersebut ke;

Penerbit UniMAP
No. 11 & 13
Jalan Tiga, Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya,
01000 Kangar, Perlis

Sila kemukakan bukti resit dan buku asal dan nyatakan sekali nama
penuh, alamat dan nombor telefon anda.

Reach out now!

We’re available for 8 hours a day! Contact to require a detailed analysis and assessment of your plan.
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry  has been the industry's standard dummy text ever since the when an unknown printer took a galley.
990 456 4587 000