PAUH PUTRA, 21 OKTOBER 2025 – Penerbit UniMAP telah menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah: Dari Idea ke Manuskrip yang diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2025 di Dewan Keikhlasan, Aras 2, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, UniMAP Pauh Putra. Bengkel ini telah dibimbing oleh Dr. Halim Razali dari Solar Energy Research Institute (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memberi pendedahan praktikal mengenai asas penulisan dan penerbitan buku ilmiah, termasuk pemahaman genre, teknik penulisan, penstrukturan bab serta penyediaan elemen sokongan seperti prakata, blurb, indeks dan pengurusan fail manuskrip.
Seramai 42 peserta, terdiri daripada staf akademik daripada pelbagai fakulti telah menyertai bengkel ini. Sepanjang dua hari penganjuran, peserta turut mengikuti sesi bimbingan berfasa yang membantu mereka menukar idea penulisan kepada bentuk manuskrip yang lebih mantap. Pada akhir bengkel, peserta berjaya menyiapkan reka bentuk muka depan manuskrip masing-masing, sekali gus menandakan satu langkah awal ke arah penerbitan buku ilmiah yang lebih berkualiti.
Bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh budaya penulisan dan meningkatkan penghasilan karya ilmiah dalam kalangan warga UniMAP.
![]() |
![]() |
![]() |


