Kuala Lumpur, 25 Mei 2025 - Penerbit UniMAP melancarkan sebuah buku pertanian berjudul Fertigasi Tembikai Wangi Teknik MADU untuk Novis, hasil penulisan Mohd Fauzie Jusoh bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025.

Majlis Pelancaran dan Resensi buku ini telah diadakan pada Sabtu, 24 Mei 2025 bertempat di Pentas Republika Merah MAPIM, Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Buku Fertigasi Tembikai Wangi Teknik MADU untuk Novis memberi sumbangan penting dalam bidang pertanian, khususnya dalam kaedah fertigasi penanaman tembikai wangi. Buku ini mengetengahkan panduan ringkas dan teknik praktikal yang sesuai dijadikan rujukan asas oleh petani muda, pelajar institusi pertanian dan juga para pendidik. Majlis Pelancaran dan Resensi Buku turut bersiaran secara langsung di TikTok Penerbit UniMAP dan Facebook rasmi Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Â