KANGAR, 25 Mac 2024 – Penerbit UniMAP dan Pusat Pengurusan Penyelidikan telah menganjurkan Bengkel Pemindahan Tesis kepada Buku Ilmiah Berimpak yang diadakan pada 25-26 Mac 2024 di Aras 2, Bangunan Canselori, Kampus Pauh Putra. Bengkel telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr.Rizalafande Che Ismail.
Bengkel yang berlangsung selama dua [2] hari ini dihadiri 30 orang Staf akademik UniMAP dan sebanyak 30 draf manuskrip tesis berjaya ditransformasi kepada buku ilmiah berimpak. Bengkel ini telah dibimbing oleh Dr. Halim Razali dari Solar Energy Research Institute (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).