KANGAR, 1 Februari 2024 – Penerbit UniMAP rangka strategik dan penetapan KPI  serta  hala tuju bagi tahun 2024 dalam Bengkel Perancangan Strategik dan KPI 2024 yang telah diadakan pada 29-31 Januari 2024.

Bengkel yang diadakan di Penerbit UniMAP dan Hotel Putra Regency, Kangar ini disertai 11 orang Staf Penerbit UniMAP. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas tentang hala tuju jabatan, merangka strategik berkesan serta mengkaji semula pelan strategik dan penetapan KPI tahun 2024.

Bengkel yang berlangsung secara tiga [3] hari ini juga memberi fokus kepada tujuh [7] teras strategik dan 29 Inisiatif utama dengan penetapan 34 Key Perfomance Indicator (KPI) 2024 bagi memastikan landasan pencapaian Penerbit UniMAP dalam laluan yang terbaik dan lebih cemerlang.

Â