KANGAR, 10 Mei 2024 – Penerbit UniMAP berbesar hati menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik  Sakri Abdullah daripada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan delagasi ke  Penerbit UniMAP.

Kunjungan dan pertemuan ini antara lain bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama antara Penerbit UniMAP dan ITBM dalam merangka kerja  dan memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam aspek penerbitan buku-buku terjemahan, latihan, perkongsian strategik penerbitan dan perkembangan indusrtri buku serta penganjuran program komuniti di UniMAP dan Perlis khususnya.

Semoga dengan segala perancangan yang akan dilaksanakan nanti akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam aspek pembukuan pengajian tinggi dan industri  terjemahan negara.