Pauh, 28 April 2024 - Penerbit UniMAP lancar 13 judul buku berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha memperbanyakan bahan rujukan dalam bidang latihan teknikal dan vokasional.

13 judul buku yang dilancar ini adalah hasil kerjasama penerbitan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan University College TATI (UC TATI). Buku-buku ini adalah hasil penulisan bersama antara pensyarah dari UniMAP dan UC TATI yang akan digunakan sebagai bahan rujukan utama bagi pembelajaran dan pengajian TVET di kedua-dua institusi.

Majlis peluncuran  buku ini disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Ts Dr. Zaliman Sauli bersama Prof. Dr. Anuar Ahmad, Rektor UC TATI semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah, Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2024 (Pi-ENVEX) di Dewan Ilmu, UniMAP.