Buku terbitan Penerbit UniMAP telah dinobat penerima  Anugerah Buku Negara 2023 bagi Anugerah Kategori Pengajian Tinggi (Penyunting Terbaik). Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr.Md Amin Md Taff, Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, di Majlis Anugerah Buku Negara 2023 yang berlangsung pada 22 Disember  2023 bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Buku berjudul Sorotan Sejarah Perlis: Perkembangan Kebudayaan dan Sosioekonomi adalah hasil suntingan En. Mohd. Kasturi Mohd Nor, Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK) bersama kolaborasi dua Staf  Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Dr. Nasha Rodziadi Khaw dan Prof Madya Dr. Nazarudin Zainun. Tahniah diucapkan.