Penyertaan kali ke-15 Penerbit UniMAP pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 buka peluang Penerbit UniMAP dalam mempertingkatkan jaringan kerjasama dengan penerbit dan pemain industri buku diperingkat antarabangsa melalui program China-Malaysia-Academic Publishing Exchance Seminar dan Asean Right Fair (ARF) 2023 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Perbadanan Kota Buku.
Asean Right Fair merupakan platform pertemuan penerbit-penerbit buku pelbagai genre, syarikat aggregator, pembekal platform digital untuk berdagang hak cipta, pelesenan hak cipta, terjemahan dan kerjasama penerbitan. Sepanjang berlangsungnya ARF ini Penerbit UniMAP telah mengadakan padanan peniagaan bersama 18 penerbit dan Duta Hak Cipta daripada Indonesia, Singapura, Perancis dan Turki serta pembekal platform kandungan digital seperti Vital Source Technologies dan Wonderbuuk bagi membina jaringan dan propek projek masa akan datang.
Â