PAUH PUTRA, 28 MAC – Penerbit UniMAP lancar sistem e-journal@unimap bagi menambahbaik pengurusan jurnal. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP dalam satu majlis yang diadakan di Auditorium, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajudin, Kampus Alam.

Portal e-journal@UniMAP dibangunkan secara open source dengan menggunakan platform Online Journal System (OJS) oleh Public Knowledge Project (PKP) untuk menempatkan jurnal-jurnal terbitan Penerbit UniMAP di dalam satu portal yang dinamakan ejournal@unimap. Sistem yang dibangunkan ini akan membantu Sidang Editorial jurnal UniMAP dalam proses editorial dan penerbitan artikel. 

Dalam majlis yang sama, YBhg. Naib Canselor turut menyampaikan watikah lantikan Ketua Editor Jurnal bagi sesi 2023-2025 dan juga cenderahati penghargaan kepada mantan Ketua Editor Jurnal.