PAUH - 22 Mac 2023 - Bersempena Sambutan Bulan Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Penerbit UniMAP menganjurkan Bengkel Penerbitan Laporan Teknikal kepada staf akademik UniMAP. Bengkel yang telah diadakan pada 22 Mac 2023 ini bertempat di Bilik Seminar Sri Siantan, Pauh Putra.
Bengkel telah disampaikan oleh Encik Zulhillizan Othman, Pengarah Penerbit UniMAP serta dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Naimah Ibrahim, selaku Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan.
Penganjuran bengkel ini adalah inisiatif Pejabat Timbalan Naib Canselor (Peyelidikan dan Inovasi) bersama Penerbit UniMAP dan Pusat Pengurusan Penyelidikan bagi memenuhi keperluan pemarkahan di dalam Malaysia Research Assessment (MyRA), UniMAP 2025, lain-lain indikator pemarkahan dan bertujuan menambah bilangan penerbitan laporan teknikal dengan di UniMAP.
Seramai 20 orang staf akademik terlibat adalah penerima geran Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) dan geran penyelidikan industri yang perlu menyediakan laporan teknikal. Penyertaan peserta dalam bengkel ini dapat memberi pendedahan tentang kaedah penulisan laporan teknikal daripada aspek isi, bahasa, persembahan dan teknikal yang menepati kriteria penerbitan laporan teknikal.