- Details
- Super User
- Aktiviti
SHAH ALAM, 12 Disember 2022 - Pesta Buku Antarabangsa Selangor (PBAS) atau lebih dikenali dengan Selangor International Book Fair 2022 (SIBF 2022) bermula 1 hingga 11 Disember dianjurkan Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sebagai urusetia. Pesta buku ini diadakan hasil kesinambungan dari Pesta Buku Selangor yang diadakan sejak tahun 2006.
Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, pada jam 8:00 malam di pentas utama. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah turut datang memeriahkan pesta buku pada hari ketiga berlangsungnya pesta buku.
Penyertaan pada tahun ini merupakan tahun ke-2 Penerbit UniMAP menyertainya dan ini adalah satu platform yang memberi ruang kepada semua penerbit buku ilmiah dan akademik di Malaysia untuk mempromosi, meningkatkan hasil jualan, dan menyebarluaskan ilmu pengajian tinggi melalui penerbitan bahan ilmiah terbitan masing-masing.