gelagat organisasi dalam mendepani cabaran pengurusan
Ummi Naiemah Saraih, Khairun Nisa' Khairuddin, Irza Hanie Abu Samah
Available for purchase :
-
Buku Gelagat Organisasi merupakan kajian tentang tingkah laku manusia di tempat kerja, khususnya berkaitan interaksi antara pekerja dan organisasi, dengan matlamat untuk lebih memahami dan meramal tingkah laku manusia di tempat kerja. Pengurusan adalah sesuatu konsep yang begitu luas, maka pengetahuan tentang gelagat organisasi yang merangkumi pelbagai topik, termasuklah gelagat individu dan juga gelagat berkumpulan di tempat kerja perlulah didalami. Oleh itu, diharapkan agar pelbagai proses organisasi meliputi kaedah komunikasi, pengurusan konflik, strategi rundingan di tempat kerja adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan di samping proses-proses penting lain yang wujud dalam sesebuah organisasi. Pemahaman tentang gelagat manusia yang wujud dalam organisasi begitu penting bagi tujuan untuk mengekalkan hubungan baik antara pekerja dalam sesebuah organisasi. Buku ini sesuai dijadikan rujukan asas untuk para pembaca mahupun pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi, ahli akademik serta para pengamal industri.
-
ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-57-7
Imprint: Penerbit UniMAP
Publication date: 2023
DOI:
Size: 6in X 9in
Price: RM41.00
Pages: 191
Discipline :