PEMIKIRAN DAN FALSAFAH DALAM PUISI MELAYU TRADISI

Zurinah Hassan

DOI: 

Available for purchase :
  • Puisi terbahagi kepada puisi moden dan puisi tradisi. Buku ini memberi tumpuan kepada puisi tradisi iaitu pantun, syair, gurindam, seloka dan nazam. Penulis menerangkan ciri-ciri setiap subgenre ini serta fungsi di dalam kehidupan masyarakat. Tumpuan utama ialah untuk memperlihatkan falsafah dan pemikiran yang terkandung di dalam puisi-puisi tersebut. Puisi tradisional telah tumbuh subur dan dikenali oleh anggota masyarakat dan disebarkan secara lisan sebelum manusia mengenal mesin cetak. Semua puisi tradisi memperlihatkan keakraban masyarakat dengan alam. Dalam pantun, alam memainkan peranan yang penting sebagai pembayang kepada sesuatu maksud yang hendak disampaikan oleh pemantun. Syair memperlihatkan betapa leluhur adalah bangsa yang berfikir. Dalam seloka terdapat kritikan tajam yang disampaikan dalam sindiran dan jenaka. Guridam adalah puisi berisi nasihat dan pedoman, manakala nazam menyampaikan ilmu agama. Puisi Melayu tradisi, seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan nazam bukan sahaja mengandungi keindahan bahasa tetapi turut berisi pemikiran tinggi yang sebahagiannya kurang diberi perhatian oleh masyarakat semasa. Buku ini menghurai makna  yang tersurat dan tersirat di dalam baris-baris  puisi tradisi berkenaan. Pantun, syair, gurindam, seloka dan nazam telah menjalankan fungsi yang penting sebagai media pendidikan dan penyampaian ajaran, nasihat, pedoman dalam hidup individu, berkeluarga, bermasyarakat, malah dalam pemerintahan negara. Puisi-puisi ini perlu dipelihara serta diperkembangkan melalui sistem pendidikan untuk membentuk nilai-nilai murni ke arah membina bangsa yang berperibadi tinggi.  
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-48-5

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2022

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM23.00

    Pages: 87

    Discipline :