Kuala Lumpur, 28 Mei 2024- Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Dr Mohd Arsad Johanis, melancarkan naskhah sulong beliau berjudul “Himpunan Teori dan Teknik dalam CBT” di Pentas Republika Merah, PBAKL 2024 pada 28 Mei 2024 lalu.


Buku "Himpunan Teori dan Teknik dalam CBT" merupakan satu sumbangan penting dalam bidang Psikologi, khususnya dalam terapi kognitif tingkah laku (CBT). Ia mengandungi pelbagai teori dan teknik yang berguna bagi para profesional dalam bidang ini. Dr. Mohd Arsad berharap bahawa buku ini akan menjadi rujukan penting bagi pelajar, penyelidik, dan pengamal terapi kognitif tingkah laku.


Buku yang diterbitkan oleh Penerbit UniMAP ini, telah dilancarkan bersama-sama dengan Pengarah Penerbit UniMAP, Zulhillizan Othman. Majlis Pelancaran dan Resensi ini turut bersiaran secara langsung di Youtube dan Facebook Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).