Kuala Lumpur, 26 Mei 2024 - Penerbit UniMAP telah melancarkan buku dari bidang Psikologi dengan judul "Fikir Menentukan Rasa" hasil tulisan Prof. Dr. Huzili Hussin, Profesor Psikologi Kaunseling dari Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis. Buku ini merupakan naskhah keempat yang ditulis oleh beliau.


Majlis Pelancaran dan Resensi buku telah diadakan pada hari Ahad, 26 Mei 2024 jam 3:00 petang di Pentas Republika Merah, Dewan Tun Razak 4, WTCKL. Turut hadir Pengarah Penerbit UniMAP, En. Zulhillizan Othman dan dua (2) orang Pegawai Penerbitan dari Bahagian Editorial iaitu Pn. Zamimi Abd Manaf dan Pn. Fatin Nadia Abdul Aziz.


Selain itu, Prof Dr Huzili Hussin turut mengadakan sesi resensi dengan para penonton mengenai isi kandungan buku tersebut. Beliau juga turut mengadakan sesi soal jawab bersama penonton.
Majlis Pelancaran dan Resensi ini turut bersiaran secara langsung di laman Youtube dan Facebook Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).