Sistem Maklumat BIM untuk Penyelenggaraan Bangunan

Zul - Atfi Ismail

DOI: 

Available for purchase :
  • Objektif utama buku ini adalah untuk memfokuskan kepada ilmu dalam pembangunan sistem yang boleh mengintegrasikan proses pelaporan dalam pengurusan penyelenggaraan untuk menambahbaik E-Aduan, mengintegrasikan aplikasi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam proses pemeriksaan dan menambah baik proses penjadualan dan pelaksanaan penyelenggaraan.  Buku ini akan membantu pembaca dalam memahami proses pengurusan dan teknologi penyelenggaraan dalam projek bangunan konvensional. Ia menerangkan tentang definisi pengurusan penyelenggaraan termasuk huraian tentang masalah dalam pengurusan penyelenggaraan. Pelaksanaan teknologi semasa dan potensi untuk melaksanakan sistem maklumat pengurusan dan BIM dalam amalan pengurusan penyelenggaraan turut sama dibincangkan. Buku ini juga mengenal pasti kepentingan kajian tentang kemahiran teknikal dan kemahiran kemanusiaan (contoh, komunikasi) oleh tenaga kerja yang tidak diadaptasi sepenuhnya pada teknologi baru muncul dalam Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti BIM berasaskan E-Aduan yang telah dirujuk sebagai potensi utama dalam menambah baik teknik pelaporan dan permindahan maklumat serta pengetahuan. 
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-02-7

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2021

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM46.00

    Pages: 244

    Discipline :