sorotan sejarah perlis-perkembangan kebudayaan dan sosioekonomi

Editor: Nasha Rodziadi Khaw, Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Nazarudin Zainun

DOI: 

Available for purchase :
  • Perlis adalah sebuah negeri yang kaya dengan kisah sejarah, negerinya berbudaya dan perkembangan sosioekonominya yang boleh disorot sejak zaman prasejarah lagi secara berkesinambungan. Dari segi geografi, negeri Perlis terletak paling utara di Semenanjung Malaysia yang bersempadan langsung dengan negara Thailand. Dalam buku ini pembaca akan disajikan dengan 13 buah artikel yang merangkumi aspek sejarah, budaya dan sosioekonomi yang terdapat di negeri Perlis. Berdasarkan kajian terkini, jelas menunjukkan bahawa Perlis walaupun dari segi saiznya adalah kecil tetapi sejarah kewujudannya boleh dilacak melalui penemuan-penemuan arkeologi yang telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Dalam buku ini bab-bab di dalamnya membahaskan perkembangan sejarah, sosioekonomi, budaya dan politik Perlis dalam kaitannya dengan dua perkara iaitu: sejarah kewujudan negeri Perlis itu sendiri yang telah ada sejak zaman prasejarah dan dengan demikian tidak hairanlah jika negeri ini telah ada sistem sosiopolitiknya sendiri sejak sebelum pemisahannya dari Kedah lagi; kebolehan raja dan pembesar Perlis mencatur politik pemerintahan negeri ini sehingga membolehkan Perlis berkembang dari segi sosioekonomi, budaya dan infrastruktur secara berkesinambungan.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-30-0

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2021

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM59.00

    Pages: 311

    Discipline :