INTEGRITI KONSEP DAN AMALAN EDISI BAHARU

Author: Jamiah Manap, Arena Che Kasim

DOI: 

Available for purchase :
  • Integriti adalah nadi kesejahteraan dan keunggulan hidup manusia dan alam semesta. Tugu kejayaan yang terbangun tanpa integriti akan binasa dalam sekelip mata. Sejarah telah menyaksikan keruntuhan tamadun dan kehancuran negara secara besar-besaran akibat pelanggaran integriti di peringkat mikro dan makro. Kecerdikan, kemajuan teknologi dan arus deras globalisasi hanya akan memacu kesejahteraan hidup manusia dan alam seandainya diimbangi dengan ketinggian integriti. Namun tanpa integriti, kelebihan itu berevolusi menjadi magma berapi yang meledakkan seluruh watan dan legasi. Pembentukan, pelestarian dan pembudayaan integriti mulia bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi ia menuntut komitmen yang jitu, strategi yang berkesan dan penilaian berterusan. Penghayatan integriti yang sempurna bermula dengan ilmu dan nilai-nilai  mulia, diperkukuh dalam persekitaran sosial dan digital yang membina dan dibudayakan dalam kehidupan berkeluarga, berkerjaya, bermasyarakat dan bernegara. Integriti terbina secara bertahap dan perlu sentiasa diperkukuh dari masa ke masa. Sehubungan dengan itu, buku ini membincangkan konsep dan amalan integriti dalam pelbagai konteks dan wacana. Perbincangan dalam buku ini bergerak daripada konsep dan amalan integriti secara keseluruhan kepada konsep dan amalan integriti dalam konteks yang khusus, iaitu dalam konteks penjawat awam, agama, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, akademik, keluarga dan pembangunan sumber manusia. Edisi baharu ini turut membincangkan tiga [3] isu kritikal integriti, iaitu integriti dalam perniagaan, integriti dalam pengurusan bencana dan pengukuran integriti.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-43-0

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2022

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM46.00

    Pages: 203

    Discipline :