PENGENALAN BIM DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

Author: Zul-Atfi Ismail | Azrul A. Mutalib | Noraini Hamzah | Muhammad Khairi Sulaiman

DOI: 

Available for purchase :
  • Pengetahuan BIM bermula daripada teori asas seperti integrasi berganda dan saling kendali yang ditawarkan melalui perisian BIM. Konsep BIM dapat lebih difahami termasuk prosedur dan kaedah serta mengurangkan masalah kesilapan interpretasi tentang pemodelan iaitu tahap perincian model bagi pemodelan berasaskan kolaborasi (contohnya kerjasama antara arkitek, jurutera dan perunding) dan pemodelan berasaskan koordinasi dalam menguruskan sesuatu projek pembinaan.

    Buku ini diharapkan dapat memenuhi keperluan aspek BIM tersebut terutamanya sebagai buku rujukan dalam Bahasa Melayu seterusnya akan membantu pembaca dalam memahami teori BIM dalam projek kejuruteraan awam. Ia menerangkan juga tentang BIM daripada skop jenis kerja termasuk reka bentuk pemodelan termasuk huraian tentang fungsi dan keupayaan BIM berasaskan platform. Perkhidmatan reka bentuk pembinaan dan potensi untuk mengadaptasikan BIM melalui amalan reka bentuk dalam kerja-kerja pemodelan bangunan turut sama dibincangkan. Buku ini juga mengenal pasti kepentingan aplikasi perancangan komponen pra-tuang iaitu fabrikasi di kilang pembekal tertentu dan pengurusan ‘lean’ dalam pembinaan oleh amalan BIM daripada skop bagaimana ia bekerja, dalam menambahbaik pelaksanaan sistem dalam pembinaan dan industri-industri lain yang berkaitan bagi kerja-kerja pemodelan sebenar.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-56-0

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2023

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM42.00

    Pages: 79

    Discipline :