
Pesona Tuba: Pemerkasaan Komuniti Setempat
Hanum Hassan, Razli Ahmad, Mohd Faiz Mohd Noor
DOI: doi.org/10.58915/bk2025.003
-
Pulau Tuba adalah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta destinasi ekopelancongan yang terletak 5 km barat daya dari Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Pulau Tuba berpotensi menjadi destinasi pelancongan setaraf dengan Pulau Langkawi. Namun, promosi berkaitan Pulau Tuba kurang mendapat perhatian pelancong. Justeru, satu projek komuniti telah diilhamkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Program University for Society (U4S) yang dikenali sebagai Pesona Tuba untuk mempromosi Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Pesona Tuba merangkumi dua projek iaitu Keusahawanan Digital dan Digital Language E-Manual. Projek Keusahawanan Digital memberi pendedahan dan kemahiran dalam penggunaan teknik pemasaran digital seperti teknik fotografi dan teknik penghasilan video secara digital melalui platform media sosial. Manakala Projek Digital Language E-Manual pula bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi penggunaan teknologi - Tuba Smart Application bagi membolehkan proses komunikasi di antara penyedia perkhidmatan pelancongan dengan pelancong menjadi lebih efektif.
-
ISBN (Print): 978-629-7715-23-0
Imprint: Penerbit UniMAP
Publication date: 2025
DOI: doi.org/10.58915/bk2025.005
Size: 6in X 9in
Price: RM31.00
Pages: 84
Discipline :