
Warga Emas Sebatang Kara Terpinggir Atau Meminggir? Jaringan Perlindungan Sosial Dan Penyampaian Perkhidmatan Untuk Warga Emas Sebatang Kara Di Malaysia
Puteh Soraya A Rahman, Norma Mansor, Raja Noriza Raja Ariffin, Puteh Noraihan A Rahman
-
Buku ini merupakan penyampaian mengenai perkhidmatan jaringan perlindungan sosial kepada populasi terpinggir iaitu Warga Emas Miskin/Miskin Tegar Sebatang Kara (WEMTSK) di Malaysia. Penulisan ini bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang kumpulan sasar iaitu warga emas miskin/miskin tegar sebatang kara daripada menerima perkhidmatan dan bantuan program jaringan perlindungan sosial dan menyelidiki isu-isu yang membelenggu kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Hasil temu bual dengan kumpulan sasar dan para pegawai perancang, penyelaras, pelaksana dan pemantau program jaringan perlindungan sosial sama ada di peringkat pusat, negeri dan daerah telah dilakukan bagi mengupas isu tersebut, serta meneliti faktor penghalang keberkesanan usaha penyampaian perkhidmatan. Empat cabaran utama yang mempengaruhi penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial kepada warga emas miskin/miskin tegar sebatang kara di Malaysia, iaitu (a) cabaran tadbir urus, (b) cabaran kumpulan sasar, (c) cabaran penyelarasan bantuan dan (d) cabaran pengurusan data. Keempat-empat cabaran ini memerlukan penambahbaikan terutamanya daripada segi komitmen pegawai dan pemimpin tempatan, analisis mikro keperluan kumpulan sasar, penyelarasan pelaksanaan program dan analitik data raya bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam pada masa hadapan.
-
ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-69-0
Imprint: Penerbit UniMAP
Publication date: 2024
DOI: doi.org/10.58915/bk2023.033
Size: 6in X 9in
Price: RM48.00
Pages: 200
Discipline :