-
Seperkara yang perlu disedari oleh pembaca ialah cerpen-cerpen terjemahan yang terdapat dalam buku ini telah berusia lebih daripada 50 tahun. Cerpen-cerpen ini diambil daripada terjemahan Bahasa Inggeris daripada berbagai buku. Maknanya, cerpen-cerpen dalam buku ini merupakan terjemahan di atas satu terjemahan lain. Namun, terjemahan ini tidak menjejaskan usaha dalam usaha untuk memperkenalkan cerpen-cerpen dari benua tersebut. Apa yang lebih penting ialah kelestarian isu-isu yang dibawa dan mewakili zaman dan pengarangnya, dan menjadikan terjemahan ini malar segar. Membaca cerpen-cerpen terjemahan dalam buku ini seperti memasuki dunia yang asing tetapi indah dari segi gaya penyampaiannya. Juga seperti menemukan dunia lama dan asing yang bersatu membentuk pengalaman kontemporari, segar dan membawa pesan-pesan sosiobudaya politik yang rencam tetapi mengasyikkan.
-
ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-95-9
Imprint: Penerbit UniMAP
Publication date: 2024
DOI: doi.org/10.58915/bk2023.027
Size: 6in X 9in
Price: RM67.00
Pages: 349
Discipline :