Kumpulan Cerpen Terjemahan Amerika Latin

Nazel Hashim Mohamad
Available for purchase :
  • Untuk kumpulan cerpen terjemahan ini, penterjemah telah memilih 12 buah cerpen daripada pengarang-pengarang dari Amerika Latin seperti Argentina, Brazil, Equador dan Uruguay. Cerpen-cerpen ini didapati menyelami sosiobudaya rakyat di negara-negara tersebut. Ia telah diterjemahkan sedekat mungkin seperti yang dipersembahkan dalam cerpen-cerpen asalnya, yang kuat dengan pancaran budaya serumpun, yakni Amerika Latin yang diwarnai dengan kepelbagaian isu dan persoalan. Misalnya, pengarang Joaquim Maria Machado de Assis yang mengahasilkan cerpen ‘Pakar Psikiatri’ merupakan pengarang klasik dari Brazil yang sering membawa latar hidup budaya bangsanya dalam karya-karyanya. Seperkara yang perlu disedari oleh pembaca ialah bahawa cerpen-cerpen terjemahan ini telah berusia lebih daripada 50 tahun, namun masih segar dengan perkara-perkara yang diketengahkan. Membaca cerpen-cerpen terjemahan dalam buku ini seperti memasuki dunia yang asing tetapi indah dari segi gaya penyampaiannya. Dunia lama dan asing ini bersatu membentuk pengalaman kontemporari, segar dan membawa pesan-pesan sosiobudaya politik yang rencam tetapi mengasyikkan.

  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-94-2

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2024

    DOI: doi.org/10.58915/bk2023.028

    Size: 6in X 9in

    Price: RM49.00

    Pages: 203

    Discipline :