Himpunan Teori dan Teknik dalam CBT

Mohd Arsad Johari

DOI: 

Available for purchase :
  • Buku ini diterbitkan atas dasar kesedaran tentang pentingnya menyebarkan ilmu pengetahuan yang dianugerahi Allah SWT kepada semua insan. Buku Himpunan Teori dan Teknik dalam CBT ini terdiri daripada lima bab utama dan kelima-lima bab ini terkait secara tidak langsung dengan keseluruhan ekosistem masyarakat di Malaysia umumnya. Bab 1 akan berbicara tentang pengenalan kepada CBT dan akan menjelaskan sejarah awal CBT serta misinya. Selain itu, penerangan konsep ‘payung’ CBT yang merangkumi pelbagai teknik dan teori turut dijelaskan. Pada bab 2 pula, isu berkaitan herotan kognitif (Cognitive Distortion) turut dikupas secara terperinci dan penulis mengutarakan sebanyak 15 jenis herotan yang sering berlaku dalam pemikiran seseorang manusia sama ada dia mengetahuinya ataupun tidak. Bagi bab 3 pula, penulis telah menghimpunkan 20 teknik dan teori yang wujud di bawah ‘Payung’ CBT. Melalui bab ini, pembaca akan diperkenalkan dengan 20 teori utama yang merupakan teori-teori yang terhimpun di bawah CBT secara tidak langsung dan pembaca akan diperkenalkan dengan teknik-teknik khusus yang terkait dengan teori tersebut. Setiap teori dan teknik ini bertujuan untuk membantu individu memahami, mengurus dan mengubah tingkah laku serta pemikiran mereka ke arah yang lebih positif. Bab 4, pembaca akan dihidangkan dengan topik-topik yang terkait dengan isu-isu dan penyelesaian. Bab ini meneliti isu-isu yang sering dihadapi dalam penggunaan CBT dan menyediakan penyelesaian berdasarkan bukti lapangan. Simptom masalah psikologi seperti tingkah laku, perasaan dan corak pemikiran turut akan dibincangkan. Selain itu, langkah awal bantuan seperti peka dengan keadaan, sokongan emosi dan sikap tidak menghakimi ditekankan sebagai asas penting dalam kaunseling. Manakala, pada bab yang terakhir yang merupakan himpunan pengalaman penulis sendiri dalam dunia kaunseling, penulis merangkumkan 20 Teknik utama CBT yang sering digunakan dalam sesi kaunseling. Antaranya, teknik main peranan, analisis kelebihan dan kekurangan, pencatatan pemikiran positif, penetapan matlamat, imaginasi dan pelbagai lagi. Setiap teknik ini diterangkan secara terperinci dan contoh turut diberikan dalam bentuk dialog bagi memudahkan pembaca memahami perjalanan teknik ini dalam satu-satu sesi kaunseling. Kesimpulannya, buku ini bakal memberikan panduan menyeluruh kepada para kaunselor mengenai prinsip, teori dan teknik CBT, serta cara mengaplikasikannya dalam sesi kaunseling bagi mencapai hasil yang efektif.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-89-8

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2024

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM49.00

    Pages: 186

    Discipline :