FIKIR MENENTUKAN RASA

Huzili Hussin

DOI: 

Available for purchase :
  • Buku ini memberikan kefahaman yang jelas berkaitan dengan isu-isu kesejahteraan psikologi. Kegagalan menguruskan pemikiran, berkait rapat dengan perubahan emosi individu. Pada masa yang sama, memberi kesan langsung kepada perubahan tingkah laku. Penjelasan berkaitan  jalur perangai yang baik dan buruk dalam diri serta kesan kepada diri sendiri dan orang lain, telah digarap dengan baik dan cukup berkesan oleh penulis. Tambahan pula, disulami dengan pilihan kata-kata yang menarik dan berhemah, menusukkan lagi segala butiran ilmu ke dalam hati. Walaupun buku ini, disusun dengan pelbagai tajuk-tajuk kecil dan tidak berkait antara satu sama lain, namun mesej utama yang ingin disampaikan ialah; ‘Jadilah diri sendiri dalam melakar ‘kanvas’ kehidupan’. Hakikatnya, kita akan menempuh tiga perkara dalam kehidupan iaitu; kerumitan, percanggahan dan kekacauan. Jika tidak berlaku sebelum ini, mungkin hari ini. Jika tidak berlaku hari ini, mungkin akan datang. Justeru,  otak perlu diterjah agar terus berfikir secara matang, berfokus, berstruktur dan rasional. Kegagalan berbuat demikian, tentunya akan berterusan mentafsir secara salah setiap peristiwa yang berlaku. Bacalah buku ini dengan mendalam, agar berkekalan di dalam hati dan menjadi pedoman untuk diri.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-83-6

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2024

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM32.00

    Pages: 146

    Discipline :