MEMBINA BAKAT KREATIF

Zurinah Hassan

DOI: 

Available for purchase :
  • Buku ini khas untuk mereka yang ingin meneroka bidang penulisan kreatif, khasnya puisi, serta sajak dan pantun. Penulis yang mahu memperbaiki diri boleh menimba pengetahuan daripada pengalaman berkarya Sasterawan Negara Zurinah Hassan yang memberikan panduan dan teknik-teknik menulis puisi, cara-cara menyuarakan perasaan dan pemikiran serta pelbagai sumber untuk mendapat idea atau ilham. Untuk menjadi seorang penulis yang baik, kepentingan bahasa dalam kehidupan perlu difahami dengan jelas kerana setiap idea yang datang perlu disimpan sebaik-baiknya untuk rujukan pada masa hadapan di samping menyebarkan pengetahuan dan pengalaman. Proses penulisan memerlukan kesungguhan dan kerajinan. Perlu rajin membaca dan menulis untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memperkayakan perbendaharaan dan kosa kata serta menajamkan kebolehan menulis.

    “Zurinah Hassan mencipta gaya penulisan yang cukup unik di Malaysia. Gayanya dilihat sebagai membawa metafora dan diksi yang sesuai, tepat dan oleh itu lekat pada ingatan.”

    Muhammad Haji Salleh
    Sasterawan Negara & Tokoh Akademik Negara
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-0922-94-2

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2020

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM26.00

    Pages: 125

    Discipline :