PANTUN PAK NAZEL LISAN DIPERI SETULUS NUBARI

Nazel Hashim Mohamad

DOI: 

Available for purchase :
  • Pantun Melayu warisan silam masih signifikan berfungsi dalam kehidupan kontemporari buat berhibur dan pengenalan jati diri masyarakat pemiliknya serta sebagai teknik pengajaran dalam pendidikan. Buku Pantun Pak Nazel: Lisan Diperi  Setulus Nubari adalah karya genre pantun ciptaan peribadi  yang ke-13 oleh pengarang. Yang istimewanya ialah pantun-pantun yang dipersembahkan, sebahagiannya amat berbeza daripada yang termuat di dalam buku-buku pantun beliau yang terdahulu. Paling ketara ialah kehadiran pantun-pantun yang tidak lazim dikarang oleh penulis-penulis pantun yang lain: misalnya seperti pantun 24 kerat, 20 kerat, 16 kerat, 12 kerat, 10 kerat, lapan kerat dan enam kerat. Namun, Pak Nazel tidak melupakan pantun jenis lazim seperti, pantun empat kerat, juga pantun empat kerat tiga kata sebaris yang  mengutarakan pelbagai perkara  seperti mengenai harta, hina, ikhlas, jiran, kawan, rindu dan sombong. Penguasaan berbahasa Nazel Hashim Mohamad amat tinggi dan tidak ketandusan kata-kata mahupun ilham. Malah, begitu kreatif dalam menyirat hanya kata-kata akar dengan mengelak penggunaan imbuhan dalam bentuk pantun lazim popular, pantun empat kerat. Pemilihan katanya tepat, sesuai dan padan dengan mesej yang cuba diungkapkan serta menyerlah keindahan melodi dan makna bagi setiap binaan rangkap pantun ciptaan itu. Hasilnya, terjelma suatu koleksi pantun yang kelihatan mudah binaan kata-katanya tetapi segar dalam cakupan mesej yang ingin disampaikan khususnya dalam memperkatakan hal-hal yang kompleks dan abstrak serta kontemporari sifatnya selari dengan alaf milenium yang dilangkauinya.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-0922-92-8

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2020

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM45.00

    Pages: 237

    Discipline :