KONSEP DAN PRAKTIS NILAI-NILAI MURNI DALAM CERMINAN KEMANUSIAAN

Author: Alias Azhar, Shuhairimi Abdullah, Mohamad Khairi Othman

DOI: 

Available for purchase :
  • Konsep dan praktis nilai-nilai murni dalam cerminan kemanusiaan memerihalkan pengertian dan pemahaman berkaitan falsafah, prinsip dan konsep nilai-nilai murni secara universal yang dikupas dalam konteks kemanusiaan. Secara umumnya, Islam mempunyai kerangka yang tersendiri dalam mengetengahkan konsep nilai-nilai murni kemanusiaan. Pada pandangan ajaran Islam, konsep tersebut perlu difahami melalui pengalaman dan pemikiran manusia yang rasional serta dipandu melalui kerangka wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Secara umumnya, buku ini mengetengahkan keperluan penerapan nilai murni dalam pendidikan dan nilai-nilai peribadi asas dalam perkhidmatan awam berfokus kepada konsep dan pendekatan yang berkesan. Meskipun telah ada buku-buku berkaitan nilai-nilai murni, namun perbahasan dan perbincangan buku ini adalah untuk memberi gambaran yang mudah dan jelas kepada para pembaca berkaitan keperluan dan kepentingan serta falsafah di sebalik perlaksanaan nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia. Mudah-mudahan  buku ini bakal menjadi rujukan asas kepada para pendidik dan guru serta penjawat awam dalam merealisasikan usaha penghayatan nilai-nilai dalam kerjaya dan kehidupan harian.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-12-6

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2022

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM30.00

    Pages: 159

    Discipline :