CAKNA BAHASA: ISU-ISU DALAM PENYELIDIKAN KONTEMPORARI

EDITOR : Hishamudin Isam, Zamimah Osman, Khairul Faiz Alimi

Available for purchase :
  • Buku Cakna Bahasa: Isu-Isu dalam Penyelidikan Kontemporari mengandungi 10 makalah terpilih yang membincangkan isu-isu penyelidikan kontemporari daripada kepelbagaian sudut pandang disiplin bahasa dan linguistik Melayu seperti bidang pendidikan bahasa, penerbitan, fonetik dan fonologi, psikolinguistik, sosiolinguistik, analisis wacana dan terjemahan. Dalam era Revolusi Industri 4.0, kerencaman berbahasa menjadi topik utama dalam setiap perbahasan yang melibatkan isu-isu kontemporari bahasa Melayu. Justeru, buku ini dihasilkan untuk berkongsi dapatan penyelidikan kepada pembaca agar dapat bersama-sama cakna dan prihatin terhadap isu-isu bahasa Melayu kontemporari. Seperkara yang menarik perhatian, kesemua makalah terpilih yang disajikan dalam buku ini adalah makalah hasil penyelidikan yang penghujahannya diadun secara saintifik dan empirikal, sesuai dengan keperluan dan kehendak dunia penyelidikan linguistik terkini. Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umumnya untuk mendapatkan gambaran realistik penggunaan bahasa alami oleh pengguna secara nyata.  Penerbitan buku ini juga diharap dapat dijadikan pembakar semangat kepada kumpulan penulis muda yang cakna dan prihatian terhadap isu-isu bahasa Melayu kontemporari, untuk berkongsi dapatan hasil penyelidikan bidang bahasa dan linguistik, dalam usaha merabung nilai penyelidikan disiplin ini. 
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-71-3

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2024

    Size: 6in X 9in

    Price: RM42.00

    Pages: 188

    Discipline :