Kesukarelawanan Kepolisan Komuniti Melalui Skim Rondaan Sukarela (Srs)

Nur Qurratul' Aini Ismail, Mohd Hilmi Hamzah
Available for purchase :
  • Program Skim Rondaan Sukarela (SRS) kini menjadi pemangkin kepada setiap aktiviti dalam membendung kejadian-kejadian jenayah yang sering kali berlaku di kawasan perumahan semenjak kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, aspek kesukarelawanan kepolisan komuniti dalam SRS masih lagi berada di tahap bawahan, di mana ia masih belum diangkat menjadi amalan kebiasaan secara sistematik dan berterusan. Sehubungan dengan itu, buku ini ditulis sebagai panduan kepada pembuat dasar terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian dan penambahbaikan yang diperlukan bagi program pencegahan yang sedia ada. Di samping itu, buku ini dapat menyarankan kaedah yang berkesan dari segi penyampaian maklumat dalam mengatasi masalah jenayah pada masa kini. Buku ini juga ditulis untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar peranan atau kepentingan SRS untuk bersama-sama pihak PDRM bagi menangani jenayah pada masa kini. Hasil nukilan ini juga boleh menjadi rujukan utama kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar di peringkat kolej, universiti awam dan swasta, pusat pemulihan, agensi keselamatan, NGO serta orang awam.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-63-8

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2023

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM34.00

    Pages: 137

    Discipline :