NARATIF BITARA BAHASA MELAYU

Editor: Noriha Basir, Juliana Ahmad
Halaman: 227
Saiz: 6 X 9 Inci
ISBN: 978-967-2829-43-0

Buku Siri Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA): Naratif Bitara Bahasa Melayu ditulis sebagai rujukan untuk para pendidik, penyelidik dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Bahasa dan Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta Universiti Awam (UA) khasnya. Buku ini menghimpunkan koleksi artikel siri pertama Susastera, Bahasa dan Budaya dan ditulis untuk mengemas kini pengetahuan guru dan penyelidik bahasa mengenai isu-isu semasa bahasa dalam dinamika ruang lingkup perbincangan penulis. Buku sulung dalam siri ini mengupas isu-isu bahasa yang merungkai kebitaraan dalam ruang lingkup bahasa Melayu.