Temp files

      

    

    

 

1.     PENGENALAN

Dasar dan Panduan penerbitan serta penulisan jurnal ini menjelaskan landasan penulisan dan penerbitan yang perlu digunapakai dalam setiap proses penulisan dan penerbitan jurnal yang diterbitkan melalui Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Dasar dan panduan ini adalah bersifat umum bagi memenuhi keperluan Dasar dan Sistem di Universiti Malaysia Perlis.

1.1  Sejarah

 

Penerbitan jurnal pertama di Universiti Malaysia Perlis bermula pada tahun 2004 apabila sebuah  jurnal  pertama UniMAP diterbitkan di bawah suatu jawatankuasa yang diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Uda Hashim dan diurusterbitkan oleh Penerbit UniMAP. Jurnal tersebut ialah Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Kejuruteraan atau nama yang digunakan sekarang ialah Journal of Engineering Research and Education. Jurnal ini bersifat umum yang membolehkan semua subjek yang dikategorikan di bawah bidang kejuruteraan layak diterbitkan dalam jurnal ini.

1.2  Rasional

Kemunculan agenda universiti penyelidikan di Malaysia dan meningkatnya kepentingan kepada jurnal sebagai wadah penyebaran dan perkongsian ilmu yang dijadikan alat ukur pengiktirafan kepakaran dan keilmiahan ahli-ahli akademik di peringkat antarabangsa menyebabkan keperluan menghasilkan lebih banyak jurnal di UniMAP semakin diberi perhatian. Bagi pihak UniMAP, Penerbit UniMAP memikirkan suatu dasar dan panduan penulisan dan penerbitan jurnal di UniMAP perlu dibentuk bagi membantu mempercekapkan proses kerja, serta mewujud dan mengekalkan kualiti penerbitan setiap jurnal  sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Dasar dan panduan ini mempunyai beberapa bahagian. Bahagian pertama; dasar umum, objektif, visi dan misi. Bahagian Kedua; sistem dan pengurusan jurnal serta perlaksanaan dasar ini. Bahagian ketiga; penjelasan istilah dan tanggungjawab.