Temp files

      

    

    

 

4.     GLOSARI DASAR DAN GARIS PANDUAN PENERBITAN JURNAL

Bagi memastikan proses penerbitan jurnal berjalan lancar, adalah sangat penting setiap anggota yang terlibat dalam sesuatu proses penerbitan jurnal mempunyai kefahaman yang sama mengenai sesuatu istilah yang berkaitan dengan penerbitan jurnal.

 

4.1            TAKRIFAN ISTILAH DAN FUNGSI

 

4.1.1      Editor/Penyunting

Orang yang bertanggungjawab terhadap mutu persembahan kandungan sesuatu penerbitan.

Di UniMAP, penyunting bertanggungjawab untuk meneliti setiap manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UniMAP. Aspek-apsek yang diteliti adalah memastikan setiap maklumat yang tercatat dalam borang pemohonan menepati jenis teks yang diserahkan. Penyunting bertanggungjawab memastikan manuskrip melalui semua proses penilaian sehingga peringkat penerbitan.

4.1.2      Panel Penyunting

Sekumpulan individu yang dilantik oleh sesuatu badan penerbitan atau syarikat untuk menganggotai jawatan penyunting secara berkala. Fungsi dan tanggungjawab individu ini adalah sama seperti mana-mana penyunting tetap yang lain. Ahli panel ini boleh terdiri daripada individu profesional yang mempunyai pengalaman dan memiliki kelulusan dalam bidang dan boleh terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kedua-kedua kelulusan tersebut tetapi telah diberi latihan khas oleh organisasi berkenaan. Individu berkenaan hanya bertugas apabila sesuatu tugas penyuntingan diberikan kepada mereka dan perlu disiapkan dalam satu tempoh yang ditetapkan.

Di UniMAP, Panel Penyunting dilantik berdasarkan kemahiran bahasa, mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang akademik yang ditawarkan oleh UniMAP, serta pengalaman dan kemampuan menyempurnakan tugas dalam tempoh yang ditetapkan. Jumlah ahli panel adalah bebas. Walau bagaimanapun, jumlah yang digunakan pada sesuatu masa bergantung kepada jumlah kerja yang perlu disempurnakan dalam satu tempoh tersebut. Tempoh masa menyempurnakan sesuatu tugasan penyuntingan adalah tiga [3] minggu hingga dua [2] bulan bergantung kepada jenis manuskrip. Setiap pelantikan akan disertakan dengan borang perakuan penyempurnaan tugas yang perlu diisi oleh panel penilai yang terpilih. Bayaran atau upah bergantung kepada kadar semasa dan dipersetujui oleh UniMAP setelah tugas penyuntingan disiapkan tanpa masalah besar. Sekiranya sesuatu manuskrip itu masih belum sempurna disunting, Penerbit UniMAP berhak untuk meminta ahli panel penyunting berkenaan mengemaskini kekurangan yang ditemui.

  4.1.3      Penyunting Substantif

Orang yang bertanggungjawab untuk mengawal mutu isi kandungan berdasarkan bidang-bidang penulisan bagi sesebuah manuskrip yang bertugas di dalam sesebuah syarikat atau badan penerbitan. Individu ini mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu yang berkaitan dengan teks yang ditangani. Fungsi penyunting substantif ialah;

 ·       membaca dan meneliti kandungan sesebuah manuskrip dari aspek-aspek kesesuaian kandungan dan kekuatan hujah yang dimasukkan termasuk aspek-aspek penyelidikan             dan pengolahan data.

·       kesesuaian bahasa, ayat dan istilah untuk mempersembahkan kandungan sesebuah teks, mengenalpasti mutu keseluruhan serta jangkaan impak sesuatu teks terhadap                    khalayak yang dijangkakan.

·       Penyunting Substantif mempunyai kuasa atau menolak sesuatu teks atau memberikan cadangan pembaikan sekiranya sesuatu teks itu hendak diterbitkan.

·       Secara umumnya, fungsi Penyunting Substantif di UniMAP dipikul oleh semua:

o   Ahli Panel Penyunting,

§  Ketua Editor/Ketua Pengarang/Editor in Chief/ Chief Editor

§  Timbalan Ketua Penyunting/Timbalan Ketua Pengarang/Deputy Editor in Chief/ Deputy chief Editor

§  Editor Bersekutu/Associate Editor/Penyunting Bersekutu/Pengarang Bersekutu

§  Ahli Panel Editor/Members of Panel Editor/Ahli Panel Pengarang/ Ahli Panel Penyunting

§  Lembaga Penasihat Editorial/Penyunting/Board of Editorial Advisor

§  Pegawai Penerbitan/ Penyunting Naskhah/Penyunting Teknikal

 

4.1.4    Penyunting Naskhah/Penyunting Teknikal

Penyunting naskah dikenali juga sebagai penyunting teknikal. Orang yang bertanggungjawab untuk mengawal mutu bahasa, keselarasan dan kesinambungan idea dan memastikan persembahan kandungan-kandungan lain menepati mutu yang ditetapkan oleh sebuah syarikat atau badan penerbitan seperti susunan bahan, gambar rajah dan menepati format penerbitan yang ditetapkan

Fungsi Penyunting Naskhah di UniMAP dipikul oleh semua Pegawai Penerbitan atau ahli sidang pengarang.

4.1.5    Penyunting 

Ketetapan asas yang ditentukan oleh sesebuah organisasi penerbitan untuk diberikan kepada penyunting sebagai upah, perkhidmatan serta penghormatan khas bagi penyempurnaan tugas dan keistimewaan prestasi yang dicapai.

 4.1.6   Penyunting Kandungan (lihat juga penyunting substantif)

 

Seseorang yang menyunting subjek yang menjadi tujahan tulisan dalam sesebuah buku. Penyuntingan kandungan ini selalunya boleh membuat cadangan perubahan pada manuskrip misalnya yang berkaitan dengan cara persembahan, ketepatan maklumat dan keberkaitannya.

   

LAMPIRAN 1

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PENERBITAN JURNAL BARU

 

LAMPIRAN 2

CARTA ALIR PROSES PENERBITAN JURNAL – SIDANG EDITORIAL

          


 

LAMPIRAN 3

CARTA ALIR PROSES PENERBITAN JURNAL – PENERBIT UniMAP