Temp files

      

    

    

 

2.     DASAR UMUM, OBJEKTIF, VISI DAN MISI.

 

Dasar umum ini menjelaskan pendirian UniMAP dalam hal-hal yang berhubung dengan pengamalan dan pembangunan jurnal di UniMAP. Dasar umum ini melambangkan hasrat UniMAP untuk;

  • Melihat ahli-ahli akademik UniMAP menjadi terkemuka dalam bidang keilmiahan masing-masing di peringkat dalam dan luar Negara;
  • Melihat UniMAP diambil kira sebagai rakan ilmu, khususnya dalam bidang kejuruteraan dalam kalangan ilmuan di peringkat dalam dan luar Negara;
  • Melalui penyertaan aktif  UniMAP dalam penulisan artikel ilmiah dan penerbitan jurnal akan mampu meletakkan status UniMAP dan ahli-ahli akademiknya termasuk dalam kalangan universiti-universiti terbaik dunia;

2.1  Dasar Umum

  • Dalam dasar dan peraturan ini, maksud jurnal adalah sebuah terbitan berkala yang berbentuk makalah berisi bahan catatan atau tulisan. Setiap transaksi yang terjadi sebelum dibukukan ke dalam buku harus dicatat dahulu ke dalam jurnal di mana ianya sering disebut buku catatan pertama (book of original entry).
  • Maksud jurnal ilmiah pula adalah terbitan berkala berbentuk makalah yang berisi bahan ilmiah dan sangat bermanfaat kepada ilmuan pada masa ia diterbitkan.
  • Universiti Malaysia Perlis berpendirian bahawa penulisan artikel untuk jurnal di dalam dan di luar UniMAP, serta menerbitkan jurnal ilmiah di UniMAP adalah tugas asasi yang wajib dipenuhi oleh setiap ahli akademik di UniMAP.
  • Semua artikel dari mana-mana ahli akademik UniMAP perlu diterbitkan di mana-mana jurnal di peringkat dalam dan luar Negara yang telah mendapat pengiktirafan Scopus dan terindeks atau paling kurang berwasit;
  • Semua jurnal yang diterbitkan di UniMAP perlu mendapat pengiktirafan scopus atau mana-mana badan pengiktirafan dunia yang diperakui oleh UniMAP atau oleh mana-mana badan lain berkaitan sekurang-kurangnya dalam tempoh empat tahun penerbitannya;
  • UniMAP menggalakkan penerbitan jurnal baru yang dijangka boleh membantu peningkatan tahap kesarjanaan ahli-ahli akademik di UniMAP dan mendapat persetujuan oleh Jawatankuasa Penerbitan Jurnal UniMAP dan disokong oleh Jawatankuasa Penerbitan UniMAP.

 2.2  Bahasa 

Bahasa jurnal yang diperakui oleh UniMAP adalah bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Walau bagaimanapun, UniMAP menggalakkan penggunaan bahasa yang digunapakai secara meluas di peringkat antarabangsa dan bahasa Melayu. Dalam memenuhi keperluan tertentu, bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Penerbitan Universiti atau mana-mana pihak pengurusan tertinggi universiti.