Temp files

      

    

    

 

BAHAGIAN III: UNDANG-UNDANG

Bab 1: Arahan Pihak Berkuasa Universiti terhadap Pusat Penerbitan (Penerbit UniMAP)

1. Pihak pengurusan tertinggi universiti atau Naib Canselor boleh dari masa ke semasa mengeluarkan arahan kepada Pusat Penerbitan UniMAP mengenai kuasa-kuasa Pusat Penerbitan UniMAP dan prestasi fungsi dan          tanggungjawab Pusat Penerbitan UniMAP sama ada bersifat umum atau sebaliknya.

Bab 2: Hak Cipta

1.      Dasar umum hak cipta yang berkaitan dengan Pusat Penerbitan UniMAP adalah termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987 dan sebarang pindaan-pindaan yang dibuat selepas itu.

2.      Walau bagaimanapun, dasar ini memperakui dasar khas yang termaktub seperti di bawah:

a)  Hak Eksklusif Pusat Penerbitan UniMAP

(i)      Semua penerbitan yang terbentuk hasil kerja Jawankuasa walaupun jawatankuasa diberi berbagai-bagai nama ia adalah hak eksklusif Pusat Penerbitan UniMAP. Contohnya, Jawatankuasa Penerbitan Jurnal,             Jawatakuasa Perunding Penerbitan Buku Ilmiah Prima, Jawatankuasa Penulisan Buku termasuk buku-buku khas, panduan dan karya-karya dalam sebarang bentuk penerbitan ilmiah lain. Oleh itu, tidak                     dibenarkan nama mana-mana pihak yang tercatat dalam senarai penulisan dan penerbitan buku berkenaan menuntut hak cipta tersebut atas nama sama ada peribadi atau kumpulan.

(ii)     Tuntutan terhadap hak cipta boleh dibuat secara kebenaran bertulis kepada pihak pengurusan tertinggi universiti.

(iii)    Setiap individu atau kumpulan yang terlibat dalam penerbitan jurnal dan buku-buku khas boleh memperakui penerbitan tersebut sebagai hasil kerja penama-penama seperti yang tercatat dalam buku/jurnal.             Khidmat mereka boleh dibayar mengikut ketetapan dan persetujuan Jawatankuasa Penerbitan Universiti dan pihak Pengurusan tertinggi.

(iv)   Semua karya yang diterbitkan dalam penerbitan yang bebentuk demikian tidak boleh diterbit tanpa kebenaran Jawatankuasa Penerbitan Universiti, pihak berkuasa universiti atau wakilnya.

(v)    Semua penerbitan yang terkandung dalam Fasal 1.1 dan Fasal 1.2 adalah tertakluk kepada Dasar Plagiarisme dan Hak Cipta UniMAP.

b)  Pemegang Hak Cipta

(i)      Hak perkongsian penerbitan (hak milik) dapat honorarium berterusan

(ii)     Pengarang boleh buat pilihan sama ada untuk menyerah hak cipta karya kepada Pusat Penerbitan UniMAP dengan bayaran penuh sekali seumur hidup atau menerima pembayaran royalti mengikut kadar                   yang dipersetujui dengan berkongsi hak cipta karya bersama UniMAP.

Bab 3:  Perjanjian Penerbitan

Penulis perlu menandatangani perjanjian penerbitan dengan pihak Universiti Malaysia Perlis bagi  memberi jaminan bahawa:

a) Karya adalah hasil karya pengarang yang asli
 
b) Tiada ada mana-mana bahagian dalam kandungan penerbitan dalam apa bentuk jua pun yang diambil daripada mana-mana pihak tanpa menyatakan sumber asal atau kebenaran dari pemilik asal
    bahan-bahan yang dipetik. 
 
c) Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran mana-mana bahagian hak cipta sama kecil atau besar penulis adalah bertanggungjawab penuh untuk berhadapan dengan akibat daripada kesalahan tersebut.
 
Bab 4: Hak Membentuk, Meminda dan Membatal Undang-Undang 
 
1.   Pusat Penerbitan melalui Jawatankuasa Penerbitan Universiti boleh mencadangkan untuk membentuk, meminda dan membatalkan undang-undang dalam mana-mana peruntukan dalam buku ini setelah mendapat persetujuan-persetujuan pihak pengurusan tertinggi universiti. 

 

BAB 5: Senarai Undang-Undang yang digunapakai

Semua hasil penulisan dan penerbitan yang diusahakan oleh mana-mana bahagian di UniMAP adalah juga tertakluk kepada Undang-Undang dan Akta berikut:

1. Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan 2012)

2. Akta Mesin Cetak 1984 [Akta 301]

3. Akta Hasutan 1948

4.Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]

5.Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]

6.Akta Kontrak 1950

7.Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986

8.Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589]