Temp files

      

    

    

 

BAHAGIAN II: DASAR DAN PROSEDUR PENERBITAN UniMAP

Dasar ini dikenali sebagai Dasar Penerbitan Universiti Malaysia Perlis.  Dasar Penerbitan Universiti Malaysia Perlis merujuk kepada falsafah, sistem dan proses kesemua jenis penerbitan yang diterbitkan dan diedarkan oleh Universiti Malaysia Perlis.

BAB1: PENGURUSAN PENERBITAN UNIVERSITI

Pengurusan penerbitan universiti terbahagi kepada dua [2] Fasal. Fasal 1, penerbitan yang diuruskan oleh mana-mana bahagian lain di dalam universiti selain Penerbit UniMAP. Fasal 2 penerbitan yang diuruskan oleh Penerbit UniMAP.

FASAL 1: PENERBITAN YANG DIURUSKAN OLEH MANA-MANA BAHAGIAN LAIN DI DALAM UNIVERSITI. 

Fasal 1.1  Penerbitan boleh dihasilkan oleh mana-mana pihak yang dipersetujui oleh pihak pengurusan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi Universiti.

Fasal 1.2  Penerbitan bermaksud penerbitan dalam bentuk cetak yang diterbit dan diedarkan khususnya untuk kegunaan pengguna dalaman seperti buletin, risalah, akhbar-akhbar kecil, buku-buku panduan,                   buku program dan penerbitan-penerbitan lain yang tidak mempunyai implikasi ilmiah boleh diterbitkan oleh mana-mana pihak di UniMAP dengan hanya mendapatkan kelulusan daripada Ketua                         Jabatan yang bertanggungjawab tanpa perlu melalui Jawatankuasa Penerbitan Universiti. Walau bagaimanapun, ianya perlu mematuhi peraturan lain yang berkaitan dalam dasar penerbitan UniMAP                 dan Fasal 1.1.

Fasal 1.3  Untuk membantu melancarkan pelaksanaan Fasal 1.2 pihak yang berkaitan boleh memohon bantuan nasihat daripada Penerbit UniMAP, UniMAP.

Fasal 1.4  Sebarang penerbitan bersifat akademik atau ilmiah yang menggunakan imprint universiti (Penerbit Universiti Malaysia Perlis atau Universiti Malaysia Perlis) yang diterbitkan oleh bahagian lain di                         UniMAP hendaklah mendapat kelulusan terbit daripada Jawatankuasa Penerbitan Universiti. Penerbitan jenis ini juga tertakluk kepada dasar dan peraturan penerbitan UniMAP.

Fasal 1.5  Penerbitan dan penulisan boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa lain berdasarkan kategori dan tujuan terbitan. Bagaimanapun, Bahasa Melayu adalah                   diutamakan.

Fasal 1.6  Penerbitan yang dipertanggungjawabkan oleh bahagian-bahagian lain perlu mempunyai sistem pengurusan yang standard yang berorentasikan urusan penerbitan secara profesional yang diperakui                   oleh badan-badan penarafan penerbitan sama ada dalam Negara mahu luar Negara contohnya pengurusan penerbitan secara editorial. Pengurusan penerbitan secara editorial memerlukan sekurang                 - kurangnya lima orang ahli. Walau bagaimanapun, pihak yang menerbitkan bebas menambah bilangan ahli editorial mengikut keperluan.

a)      Penyelaras Editorial/Ketua Pengarang

b)      Editor

c)      Penulis

d)      Editor Pengeluaran & Percetakan

e)      Pembaca Pruf

Fasal 1.7  Peraturan-peraturan yang berkaitan format dan tatacara penerbitan hendaklah mengikuti panduan di Lampiran 6.