Temp files

      

    

    

 

 
BAHAGIAN I: UMUM
 
1. NAMA DASAR
 
Dasar ini dibahagikan kepada dua Fasal, Fasal 1 adalah dasar yang berkait khusus dengan penerbitan-penerbitan UniMAP. Manakala Fasal 2 memberi fokus terhadap Penerbit UniMAP. Walau bagaimanapun, pada mana - mana yang berkaitan atau yang perlu dikaitkan bersabit sesuatu keadaan, kedua-dua fasal ini boleh digunakan sebagai panduan dan landasan sesuatu keputusan bagi menguruskan aktiviti penerbitan dikedua-dua Fasal tersebut. 
 
2. PENYATAAN PEMBENTUKAN DASAR 
 
Dasar yang sedia ada tidak mempunyai keupayaan untuk berhadapan dengan perkembangan dan cabaran terbaru dalam dunia penerbitan. 
 
3.      OBJEKTIF PEMBENTUKAN DASAR
 
3.1      Memberi kuasa kepada Penerbit UniMAP untuk membantu meningkatkan kualiti penerbitan UniMAP.
 
3.2      Membantu meningkatkan citra UniMAP sebagai sebuah universiti yang setanding dengan universiti-universiti lain di dalam dan luar negara.
 
3.3      Mewujudkan kuasa dan prosedur pengurusan undang-undang dan peraturan penerbitan yang lebih sistematik.
 
3.4      Mengangkat aktiviti penerbitan sebagai aktiviti yang bersifat ilmiah dan professional.
 
4.      OBJEKTIF PENERBIT UniMAP
 
4.1        Sebagai pusat yang mempunyai kuasa menggubal dasar penerbitan bagi pihak UniMAP.
 
4.2        Menyediakan UniMAP sebagai sebuah pusat pengajian tinggi awam teknikal yang berdaya saing dalam menyumbangkan penerbitan ilmiah dan separa ilmiah yang berasaskan ilmu kejuruteraan dan ilmu-                   ilmu lain yang berkaitan. 
 
4.3        Sebagai pusat pembudayaan penulisan bahan-bahan ilmiah termasuk hasil penyelidikan dan memperkasakan keilmiahan para ilmuan UniMAP melalui penerbitan yang mencapai penarafan tertinggi nasional               dan antarabangsa.
 
4.4        Mengukuh dan meluaskan sistem pemasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa sekali gus membentuk budaya profesionalisme dalam pemasaran dan pengedaran bahan terbitan ilmiah.
 
4.5        Menjana kewangan citra universiti dan ilmu.  
 
4.6        Meluas, meningkatkan impak dan mengembangkan ilmu kejuruteraan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dalam kalangan masyarakat umum merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
 
5.      APLIKASI DASAR DALAM DAN LUARAN
 
Dalam konteks jaringan kerjasama dengan individu dan institusi secara yang lebih sistematik dan terjamin.
 
6.      KUASA PIHAK UNIVERSITI 
 
Dasar ini memperakui kuasa pihak-pihak berikut terhadap pelaksanaan dasar penerbitan:
 
6.1 Jawatankuasa Pengurusan Universiti
 
Jawatankuasa ini bertanggungjawab:
 
6.1.1 Meluluskan sebarang dasar, undang-undang dan peraturan penerbitan.  
 
6.1.2 Menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan undang-undang di antara pihak-pihak yang berkaitan dan berurusan dengan Penerbit UniMAP. 
 
6.2 Jawatankuasa Penerbitan Universiti
 
Jawatankuasa ini bertanggungjawab memastikan
 
i.Semua penerbitan yang melalui Penerbit UniMAP perlu diterbitkan berdasarkan kepada sistem dan prosedur yang ditetapkan oleh dasar penerbitan UniMAP.
 
ii.Semua penerbitan mengikut gaya dan format penulisan yang dipersetujui oleh dasar ini.
 
iii.Buku yang terpilih untuk diterbitkan telah memenuhi keperluan kualiti manuskrip.
 
iv.Buku yang akan diterbitkan telah disunting mengikut keperluan penyuntingan bermutu tinggi
 
v.Reka bentuk persembahan akhir buku mempunyai nilai-nilai yang boleh membawa imej buku sebagai penerbitan ilmiah dan pada masa yang sama mempunyai daya tarikan di pasaran.
 
vi.Memastikan kesesuaian kulit buku dan kandungan.
 
vii.Penilai-penilai yang dilantik menepati keperluan kualiti yang ditetapkan oleh dasar.
 
viii.Buku-buku yang diterbitkan tepat pada tempoh masa yang ditetapkan.
 
ix.Keutamaan buku-buku yang diterbitkan adalah buku ilmiah. Walau bagaimanapun, jawatakuasa ini juga memastikan UniMAP menerbitkan buku-buku bacaan umum yang sesuai untuk tujuan                   penjanaan kewangan.
 
x.Penerbit UniMAP menyediakan dan melaksanakan satu sistem pengurusan pemasaran buku-buku yang lebih kreatif.
 
xi.Jumlah Penerbitan buku yang diterbitkan oleh Penerbit UniMAP adalah selari dengan keperluan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi.
 
xii.Jumlah cetakan bagi setiap judul ialah 50 (minimum) – 100 naskhah bergantung kepada jenis penerbitan.
 
xiii.Jawatankuasa ini memperakui sistem, prosedur dan standard penerbitan yang diiktiraf oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
 
xiv.Jurnal-jurnal yang diterbitkan di UniMAP mencapai kualiti dan mutu antarabangsa.
 
xv.Jurnal-jurnal baru yang hendak diterbitkan telah lulus dan melepasi tahap standard mutu yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penerbitan Jurnal. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Penerbitan                berhak menolak sekiranya bertentangan dengan hasrat dan aspirasi UniMAP.
 
xvi.Mana-mana pihak di UniMAP boleh menerbitkan jurnalnya sendiri namun tertakluk kepada sistem dan prosedur yang termaktub dalam Dasar Penerbitan Jurnal dan Dasar Penerbitan UniMAP serta             diluluskan oleh pihak - pihak yang diberi kuasa iaitu pihak Jawatankuasa Penerbitan Jurnal UniMAP dan Jawatankuasa Penerbitan Universiti.
 
xvii.Jawatankuasa penerbitan berhak untuk mencadangkan sesuatu idea baru.
 
6.3        Kuasa Penerbit UniMAP
 
6.3.1     Penerbit UniMAP adalah suatu organisasi yang menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pelaksanaan semua dasar yang termaktub di dalam dasar penerbitan UniMAP dan dasar-dasar lain di                  bawah dasar tersebut.
 
6.3.2     Pelaksanaan kuasa dan tata kerja Penerbit UniMAP adalah dilakukan berdasarkan ketetapan dan juga interpretasi Dasar Penerbitan UniMAP semasa.
 
6.3.3     Penerbit UniMAP boleh merancang dan menentukan aktiviti dan kaedah sesuatu proses penerbitan untuk memenuhi tahap pencapaian yang ditetapkan dalam Dasar Penerbitan UniMAP.
 
6.3.4    Penerbit UniMAP boleh merancang, menentukan aktiviti dan kaedah meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan UniMAP sama ada dari segi pendidikan, latihan dan pengambilan kakitangan                     dengan mengikut prosedur-prosedur yang termaktub dalam Universiti.
 
6.3.5    Penerbit UniMAP boleh merancang, menentukan aktiviti dan kaedah pemasaran dan jualan bahan penerbitan.
 
6.3.6    Penerbit UniMAP bertanggungjawab dalam melaporkan aktiviti penerbitan terhadap Jawatankuasa Penerbitan dan pihak pengurusan tertinggi Universiti. 

 

7.      Penilai-penilai yang dilantik menepati keperluan kualiti yang ditetapkan oleh dasar

           7.1   Jawatankuasa-Jawatankuasa lain.

Jawatankuasa-jawatankuasa lain boleh dibentuk dalam jangka masa tertentu yang difikirkan sesuai bagi membantu melancarkan aktiviti penerbitan UniMAP. Lantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa adalah dibuat oleh Timbalan Naib Canselor atau Wakilnya. Kuasa dan fungsi jawatan kuasa ini adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan bagi setiap jawatankuasa tersebut yang telah diluluskan daripada Jawatankuasa Penerbitan.

           7.2   Pelantikan

Pelantikan jawatan-jawatan berikut hendaklah mendapat kelulusan Naib Canselor atau wakilnya. Jawatan-jawatan tersebut ialah:

a)      Pengarah Pusat Penerbitan dan Timbalannya

b)      Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Universiti manakala ahli-ahli lain adalah dilantik oleh Timbalan Naib Cancelor

c)      Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa khas yang dibentuk secara automatik menjadi ahli kepada Jawatankuasa Penerbitan UniMAP