Temp files

      

    

    

 

 

PUTRAJAYA, 5 November 2019 - International Journal of Nanoelectronics and Materials (IJNeaM) diiktiraf sebagai jurnal berstatus CRÈME 2019 Kategori Jurnal Scopus bidang Sains, Teknologi dan Perubatan pada Majlis Anugerah Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Jurnal CRÈME 2019 yang diadakan di Zenith Hotel Putrajaya. IJNeaM diwakili oleh Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khairuddin Md. Arshad menerima bagi pihak Ketua Editor, iaitu Dr. Ramzan Mat Ayub. Anugerah disampaikan oleh YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Anugerah CRÈME adalah pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada jurnal-jurnal akademik yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti yang telah menunjukkan prestasi tinggi berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Pusat Sitasi Malaysia.

Dengan pemberian status CRÈME ini, Jurnal ini layak menerima insentif dana untuk kegunaan pembangunan jurnal selama setahun oleh KPM.