Temp files

      

    

    

 

Penerbit UniMAP telah mengadakan in house training tentang proses pemindahan tesis ke buku pada pada 26 Ogos 2019 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Taming Sari, Penerbit UniMAP. In house training ini diadakan kepada staf Unit Editorial dan telah diadakan bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 5:30 petang.  Kursus telah disampaikan oleh Ketua Penerbit sendiri, En. Zulhillizan Othman. Tesis perlu diubah kepada bentuk struktur dan anatomi buku agar bahasa dan kaedah penyampaian bahan menjadi lebih mudah difahami dan tidak terlalu terikat dengan ciri-ciri akademik. Sehubungan itu, tujuan utama kursus dalaman ini diadakan adalah sebagai panduan dan pendedahan khususnya kepada editor-editor di Penerbit UniMAP sendiri dalam pengubahsuaian tesis mengikut struktur anatomi buku.