Temp files

      

    

    

 

Satu sesi taklimat Penulisan dan Penerbitan Buku kepada staf akademik Pusat Pengajian iKOM telah diadakan pada 21 Ogos 2019 bertempat di Bilik Seminar iKOM, Jejawi, Kangar. Sesi taklimat tersebut merangkumi proses penerbitan yang diamalkan dalam pengurusan penerbitan di Penerbit UniMAP.  Ketua Penerbit UniMAP, En. Zulhillizan Othman memberi taklimat kategori dan jenis penerbitan kepada kira-kira 20 staf akademik dari Pusat Pengajian iKOM. Turut hadir ialah dua orang editor dari Unit Editorial iaitu Pn. Zamimi Abd. Manaf dan Pn. Norhanim Hashim. Selain itu, peserta juga diberi taklimat mengenai maklumat dan trend semasa pemasaran buku ilmiah. Pada sesi taklimat berkenaan, peserta turut didedahkan dengan teknik penulisan bagi menghasilkan manuskrip yang berkualiti, antaranya adalah bagaimana menghasilkan judul-judul terkini yang boleh mendapat pasaran lebih luas. Taklimat ini diharapkan dapat membantu para pensyarah bagi meningkatkan kefahaman dalam penulisan dan penerbitan buku khususnya.