Temp files

      

    

    

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (KLIBF) yang telah berlangsung daripada 29 Mac 2019 hingga 7 April 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur telah melabuhkan tirainya baru-baru ini. Menariknya, tahun ini, waktu operasi bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam setiap hari berbanding pada tahun 2018.

Sama seperti sebelum ini, PBAKL  2019 yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) pastinya adalah satu acara utama dalam pameran buku Malaysia dan ia juga merupakan tempat pertemuan industri perbukuan terbesar di Malaysia.

Hari pertama, hingga ke hari 10 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun ini, Penerbit UniMAP yang berada di Reruai  Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia MAPIM telah dikunjungi oleh pelbagai lapisan pengunjung ketika dibuka seawal jam 10 pagi. Berbagai diskaun yang sangat menarik termasuk diskaun 50% dan 70% di sudut lelongan telah menjadikan reruai ini penuh dengan pelawat setiap hari. Selain itu pelbagai acara menarik sesi dengan penulis dan lain-lain, demonstrasi, bertemu dan menyapa penulis dan banyak lagi diadakan sepanjang 10 hari pesta buku berlangsung. .

Kebanyakan pengunjung yang mencari harga yang berpatutan dengan kualiti buku-buku ilmiah, rata-rata berpendapat adalah sangat berbaloi untuk setiap pengunjung melangkah ke reruai MAPIM, di Tingkat 3, Dewan Tun Razak 3 terutamanya ke Penerbit UniMAP untuk mencari buku-buku pilihan. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda semua yang terlibat dalam menyokong industri perbukuan ilmiah Malaysia. #malaysiamembaca